Pengarah Urusan
Tuan Haji Anwar Yeo
Abdullah
Tn Hj
Anwar Yeo Abdullah,
warganegara Malaysia, berumur
38 tahun, adalah Pengasas dan Pengarah Urusan ONE MISSION SECURITY SERVICES SDN. BHD. (
1 MSSSB ). Sebelum menubuhkan
syarikat ini, beliau
pernah bertugas di beberapa syarikat seperti KBM (M) Sdn Bhd daripada tahun 1992 sehingga
1997, Maju General
Supply Sdn Bhd
daripada tahun 1995
sehingga 1997, dan Metro
Security Service Sdn
Bhd daripada tahun
1997 sehingga 2002, dimana
beliau menimba banyak
pengalaman dan pengetahuan mendalam di
dalam bidang pemasaran,
perkhidmatan kawalan keselamatan dan paling penting, pengurusan
sumber manusia.
Dengan menggunakan
pengalaman dan pengetahuan
yang ditimba, beliau mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan.
Beliau menubuhkan syarikat 1 MSSSB pada
tahun 2002 untuk
membina nama di dalam pasaran perkhidmatan keselamatan
yang berkembang pesat. Beliau
mengorak langkah dengan menyasarkan
kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata di
sekolah-sekolah di negeri Sabah.
Pengarah
Puan Norhazana Ab Razak
Norhazana Ab
Razak , warganegara Malaysia,
berumur 35 tahun,
adalah Pengarah syarikat 1 MSSSB.
Beliau merupakan siswazah
di dalam jurusan Perakaunan daripada
Universiti Teknologi Mara.
Selepas menamatkan pengajian,
beliau bekerja sebagai Kerani Akaun di Jabatan Akauntan Negara.
Beliau menjadi
Pengarah syarikat 1 MSSSB
pada tahun 2004. Tugas
beliau adalah untuk memantau
urusan harian di
syarikat terutamanya didalam bidang yang
berkaitan dengan akaun
dan kewangan syarikat
dan urusan dengan pihak
kerajaan. Pengalaman yang
tidak ternilai yang
ditimba di Jabatan Akauntan
Negara membolehkan beliau
mengolah dan implementasikan
banyak prosedur dan sistem pengurusan yang lebih efisien.