Khamis, 12 Disember 2013

PROFIL PENGARAH URUSAN 1MSSSB



Pengarah Urusan
Tuan Haji Anwar Yeo Abdullah



Tn  Hj  Anwar  Yeo  Abdullah,  warganegara  Malaysia,  berumur  38  tahun,  adalah Pengasas dan Pengarah Urusan ONE  MISSION SECURITY SERVICES SDN.  BHD.  ( 1 MSSSB ).  Sebelum  menubuhkan  syarikat  ini,  beliau  pernah bertugas di beberapa syarikat seperti   KBM (M) Sdn Bhd daripada tahun 1992 sehingga 1997,  Maju  General  Supply  Sdn  Bhd  daripada  tahun  1995  sehingga 1997,  dan  Metro  Security  Service  Sdn  Bhd  daripada  tahun  1997  sehingga 2002,  dimana  beliau  menimba  banyak  pengalaman  dan  pengetahuan mendalam  di  dalam  bidang  pemasaran,  perkhidmatan  kawalan  keselamatan dan paling penting, pengurusan sumber manusia.

Dengan  menggunakan  pengalaman  dan  pengetahuan  yang  ditimba,  beliau mendapatkan  kontrak-kontrak  perniagaan.  Beliau  menubuhkan   syarikat 1 MSSSB  pada  tahun  2002  untuk  membina  nama  di  dalam  pasaran perkhidmatan  keselamatan  yang  berkembang  pesat. Beliau  mengorak langkah  dengan  menyasarkan  kontrak  perkhidmatan  kawalan keselamatan tanpa senjata di sekolah-sekolah di negeri Sabah. 
  







Pengarah
Puan Norhazana Ab Razak


Norhazana  Ab  Razak ,  warganegara  Malaysia,  berumur  35  tahun,  adalah Pengarah  syarikat   1 MSSSB.  Beliau  merupakan  siswazah  di  dalam  jurusan Perakaunan  daripada  Universiti  Teknologi  Mara.  Selepas  menamatkan pengajian, beliau bekerja sebagai Kerani Akaun di Jabatan Akauntan Negara.

Beliau  menjadi  Pengarah  syarikat  1 MSSSB  pada  tahun  2004.  Tugas  beliau adalah  untuk  memantau  urusan  harian  di  syarikat  terutamanya  didalam bidang  yang  berkaitan  dengan  akaun  dan  kewangan  syarikat  dan  urusan dengan  pihak  kerajaan.  Pengalaman  yang  tidak  ternilai  yang  ditimba  di Jabatan  Akauntan  Negara  membolehkan  beliau  mengolah  dan implementasikan banyak prosedur dan sistem pengurusan yang lebih efisien.
 


3 ulasan:

  1. Saya wakil dr pekerja one mission...ingin menuntut gaji...yg sepatutnya di bayar 15hbln hari itu....tetapi tidak di bayar ...kami semua menuntut gaji kami di bayar dengan segera ...untuk kagunaan harian kami..

    BalasPadam
  2. Thank you so much to share this informative article with us. Keep us updating with more amazing articles. Also Visit at MVD International.

    BalasPadam